Posts

Firdaus Yang Ku Damba Tanpa diduga apabila sampai sahaja ayat ke 107 di dalam Surah al-Kahfi, tumpah juga air mata dari empangan yang bertakung dengan laju sahaja  mengalir di pipi. Harapanku tinggi untuk menghuni syurga Firdaus Allah. Allah berfirman " Sesungguhnya orang yang beriman dan melakukan kebaikan, disediakan untuk mereka Syurga Firdaus sebagai tempat tinggal." Ya Allah betapa limpahan kasih dan sayangMu tidak pernah bertepi. Engkau Maha Mengetahui bahawa manusia sentiasa melakukan kesalahan dan kesilapan , kekadang lupa mengingatiMU. Namun ternyata kasihMu sangat indah. Tidak ada langsung sedikitpun ada dendam. Asalkan aku mengingatiMu dan melakukan amal soleh Kau anugerahkan padaku syurgaMu. Ya rabbi Ya Kareem... betapa terasa diri ini sangat bersalah, sangat berdosa, kerana aku bukan sahaja leka dengan kehidupan dunia yang sementara ini, tetapi kekadang bercampur dalam diri ini antara kasih dunia dan kasih akhirat. Oh Allah yang Maha Pemaaf, ampunil

UCAPANNYA RINGKAS TAPI BERBEKAS

Ucapan apakah yang ringkas? Setiap ucapan yang dikeluarkan oleh setiap manusia jika ianya ringkas tidak bermakna ucapan tersebut tidak mempunyai nilai. Kadang kala ucapan ringkas lebih mudah diingati oleh pendengar. Begitu juga dalam menyatakan adakah kita seorang Muslim atau tidak? 

AYUH JANGAN BERSEDIH: Wahai jiwa yang tenangTerlalu mudah diri ini meng...

AYUH JANGAN BERSEDIH: Wahai jiwa yang tenang Terlalu mudah diri ini meng... : Wahai jiwa yang tenang Terlalu mudah diri ini mengalirkan air mata setiap kali membaca ayat-ayat cinta dari Allah. Betapa semakin ditadab...
Wahai jiwa yang tenang Terlalu mudah diri ini mengalirkan air mata setiap kali membaca ayat-ayat cinta dari Allah. Betapa semakin ditadabburkan semakin rasanya diri ini terlalu kasih dan cinta dengan Allah dan Rasulnya.  Allahu Allah. Apa tidaknya, kasihnya Allah lebih dari kasihku kepadaNya. Duka ku sering terubat dengan rindu dan cinta kepadaMu Ya Rabb. Di saat diriku lemah, Kaulah yang meneguhkan ku kembali. Di saat aku sendirian Kau sentiasa bersamaku Di saat ku difitnah Kau sering menyelamatkanku. Di saat ku kesempitan Kaulah yang telah melapangkanku Di saat ku alpa Kau sering mengingatkanku Di saat ku derita Kau juga yang telah menyebabkan aku merasa bahagia Betapa Kau Ya Allah tidak pernah alpa walau sedetik pun akan diriku Bagaimana mungkin aku sebagai hamba yang sering alpa dari mengingatiMu Ya Rabb Ya Rabbi, Kaulah Tuhan yang selayaknya untukku sembah Sesungguhnya tiada mungkin sekutukan Mu.

Bicara Ilahi buat hamba yang dicintai

Surah al Mukminun jika diteliti Indahnya susunan bicara ilahi ini Akan mampu menyentuh hati Ayuh!Marilah kita sama-sama fahami Isi kandungan surat cinta dari ilahi Kerana kau hamba yang dicintai ___________________________________ Ayat 1 - 11 Surah al-Mukminun Satu garis panduan ke arah kejayaan yang sebenar dalam kehidupan insan.  Antara syarat utamanya ialah : 1. Mukmin - beriman dengan sepenuhnya terhadap       apa yang diperintahkan 2. Solat dengan khusyuk  3. Menjauhi perkara yang boleh menjauhkan diri dari     mengingati Allah 4. Melaksanakan tuntutan zakat 5. Menjaga kemaluan dan kehormatan diri - tidak           melakukan seks bebas / rambang  6. Kecuali kepada pasangan masing-masing untuk      menjauhkan diri dari dicela oleh manusia 7. Jangan mengadakan hubungan selain dari yang         halal kerana manusia akan dikira sebagai orang         yang melampaui batas jika melakukan sebegitu 8. memelihara solat lima waktu Mereka yan
Allahuakbar, Allahuakbar walillahil hamdu selesai sudah kita berhari raya. selesai sudah menjalani ibadah puasa. tapi masih belum selesai dengan perkara dunia. belum selesai melawan godaan nafsu. belum selesai dengan hubungan sesama manusia. Ya Allah...sesungguhnya Engkaulah Yang Maha untuk segalanya. Terasa diri ini terlalu kerdil ya Allah...nikmatMu terlalu luas, kasih sayangMu terlalu hebat, sehingga diri ini kadang-kadang terlalu tamak akan kasih sayangMU. Tidak pernah diri ini merasa puas dengan belaianMu ya Allah. Aku terlalu mendambakan CintaMu. Ya Allah..jiwa ini sering mengharap akan PandanganMU. Pandanglah wajah hambaMu ini. Janganlah kau palingkan dari wajahku ini Ya Allah. PandanganMu sering aku tercari-cari. Kau Kekasihku....Jika Kau tidak mmandangku, siapa lagi yang sudi memandangku. Aku tidak harap akan pandangan manusia Ya Allah. pandangan manusia sering menipu. Pandangan manusia sering mengharap balasan. tetapi pandanganMu .... tidak pernah mengharap apa-apa dar
Setelah beberapa lama menyepi di blog ini... Kini aku sedang menunggu detik-detik perjalanan ke bumi Mesir setelah 18 tahun meninggalkannya. Allahuakbar...terlalu banyak perkara yang perlu ditangani. Meninggalkan suami dan anak-anak selama 3 bulan. Sesuatu yang amat mencabar. Perasaan yang bercampur aduk antara suka dan duka. Allahurabi... bantulah hambaMu ini. Janganlah Engkau membiarkan hambaMu ini sendirian. Peliharalah suami dan anak-anakku yang ditinggalkan. Doa dan harapan semoga diri ini sentiasa tabah dan kuat dalam menempuh suatu perjalanan dan musafir yang panjang.